Ibu Anjing Berkorban Nyawa Meredah Rumah Yang Terbakar Demi Selamatkan 5 Ekor Anaknya Berusia 10 Hari


Anjing merupakan satu jenis haiwan yang sangat setia dan merupakan rakan akrab untuk tuannya. Walaupun sifatnya bengis dan agresif, tetapi anjing merupakan sejenis haiwan bersifat pelindung dan setia.



Pada tahun silam, satu berita mengejutkan ramai pihak apabila seekor ibu anjing mempertaruhkan nyawanya dengan memasuki rumah terbakar demi menyelamatkan lima ekor anaknya yang masih kecil.

Rumah yang terbakar itu berlaku di Chile akibat sebuah kereta yang diparkir depan rumah meletup secara tiba-tiba.

Selepas mendapat panggilan kecemasan, pihak bomba bergegas ke tempat kejadian dan cuba memadamkan api secepat mungkin.

Pihak bomba bertungkus lumus memadamkan api



Ketika pasukan bomba sibuk memadamkan api, anjing kepunyaan tuan rumah itu bertindak di luar jangkaan. Tanpa mengenal erti takut, Amanda masuk ke dalam rumah terbakar berulang kali untuk selamatkan semua anaknya

Ibu anjing ini dengan berani meredah rumah yang terbakar itu bagi menyelamatkan lima ekor anak anjingnya tanpa dibantu sesiapa.
Dek usia anaknya yang baru 10 hari, semua anak anjing itu tidak mampu berlari dan menyelamatkan dirinya sendiri.

Keberanian dan pengorbanan Amanda terhadap anaknya menyentuh hati orang ramai yang melihat di situ. Trak bomba dijadikan tempat perlindungan untuk anak-anaknya yang masih kecil

Amanda telah mengambil anaknya satu-persatu lalu diletakkan di dalam lori bomba sebagai tempat berteduh.

Usaha ibu anjing ini membuahkan hasil kerana semua anaknya berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.

Amanda menjilat dan memeluk erat anaknya. Anak-anaknya pasti berasa lega dan selamat kerana mereka masih mampu mendampingi, bermanja, dan minum susu ibu mereka.

Kasih sayang ibu tidak boleh ditandingi



Tidak kira manusia ataupun haiwan, seorang ibu tidak akan mampu membiarkan anaknya ditinggalkan dalam keadaan yang menyedihkan.

Kisah ini juga merupakan satu pengajaran kepada kita bahawa anak-anak merupakan anugerah dan tanggungjawab kepada kita.

Janganlah kita mengabaikan anak-anak kita kerana satu hari nanti pasti jasa kita akan terbalas.


Loading...