Suami Saya Tak Hensem dan Mandul Pula, Saya Mahukan Benih Bekas Teman Lelaki Sebab Dia Hensem..



Beringaz.com - Sakit hati melihat bekas teman lelakinya berkahwin dengan wanita lain, apalagi bekas teman lelakinya itu telah dikaruniakan sepasang anak yang comel bertambah sakit hati dia. Sementara itu, dia berkahwin dengan lelaki yang bukan pilihannya dan terpaksa menerima lelaki itu kerana atas faktornya sudah lanjut usia.

Dia tidak bisa melupakan begitu saja bekas teman lelakinya tersebut, setia hari selalu terpikirkan tentangnya.

Kini, dia mahu berusaha mendapatkan semula bekas teman lelakinya itu biar apa caranya sekalipun. Yang penting, dia mahukan benih dari lelaki itu kerana dia juga mengimpikan mempunyai anak-anak yang comel.

FAKTA: "Jangan kata saya yang mandul sebab sebelum ini saya pernah mengandung bila terlanjur dengan lelaki lain tetapi terpaksa digugurkan sebab jantan itu tak mahu bertanggungjawab"

CONFESSION:

Hi admin, tolong hide profile saya ye. Saya nak tanya pendapat semua di sini. Saya perempuan sudah kahwin selama empat tahun dan belum mempunyai anak. Kisahnya sebelum saya berkahwin dengan suami saya ini, saya pernah bercinta dengan seorang lelaki ini yang kategori handsome, tinggi, hidung mancung.

Dia duduk satu daerah dengan saya. Dia boleh menerima saya walaupun dia tahu saya pernah terlanjur dengan orang lain sebelum dia. Apa yang membosankan ialah, dia ini rajin bekerja. Kalau saya ajak dia keluar ke apa, memang susah sangat. Saya ajak dia check in pun susah. Jadi saya terpaksa mencari skandal lain dan terkantoi pula bila dia terjumpa saya sedang berjalan dengan lelaki lain. Dia terus meninggalkan saya begitu saja. Kejam kan?

Selepas setahun, saya mendapat tahu dia dah ada teman wanita baru. Memang saya sakit hati sangat. Saya stalk dia untuk mencari siapa teman wanita barunya itu. Bila dapat tahu saja Facebook perempuan itu, terus saya mesej perempuan itu dan beritahu bekas teman lelaki saya itu adalah lelaki jahat dan suka main perempuan, serta bermacam-macam lagi tuduhan yang saya lemparkan. Tetapi perempuan itu tak percaya pula. Lagi bertambah sakit hati saya.

Saya mesej pula bekas teman lelaki dan kata teman wanita baharunya itu bukanlah perempuan yang baik-baik, tetapi bohsia. Tetapi dia tidak percaya juga. Saya jadi geram sangat-sangat. Tak ada cara yang dapat saya lakukan untuk memisahkan mereka.

Masa pun berlalu dan mereka pun bertunang dan bila saya dapat tahu semua itu, bertambah sakit hati saya dibuatnya.

Tidak beberapa lama selepas itu, saya ada mengenali seorang lelaki ini yang perwatakannya tidak handsome, berkulit hitam, pendek kata memang tidak sepadan dengan saya yang cantik dan berkulit putih ini. Namun, memandangkan umur sudah meningkat, jadi saya menerima saja lamaran dia.

Selepas setahun bekas teman lelaki berkahwin, saya masih lagi belum dapat nak melupakan dia sebab bagi saya, dia handsome dan sepadan dengan saya. Selepas itu saya paksa si hitam ini berkahwin dengan saya secepat mungkin. Dia ikut saja. Yelah kan, orang tak handsome tiba-tiba dari teman wanita yang cantik, memang dia tergila-gilakan sayalah. Lagipun dia kerja kerajaan dan selalu berikan apa saja yang saya mahukan.

Kami berkahwin pada tahun yang sama dengan bekas teman lelaki saya berkahwin. Sekarang dah empat tahun berlalu, bekas teman lelaki saya itu sudah ada dua orang anak. Sepasang, comel-comel pula. Saya tak habis lagi sakit hati disebabkan peristiwa dulu dan bertambah lagilah sakit hati.

Saya rasa saya bernasib malang berkahwin dengan lelaki yang tak handsome, mandul pula orangnya. Jangan kata saya yang mandul sebab sebelum ini saya pernah mengandung bila terlanjur dengan lelaki lain tetapi terpaksa digugurkan sebab jantan itu tak mahu bertanggungjawab. 

Saya sakit hati bila tengok kehidupan bekas teman lelaki saya dengan isterinya itu bahagia. Sungguh ia menganggu fikiran saya. Sekarang ini, saya memang tak lalu nak tengok suami, langsung tak ada selera nak bersama dengannya sehingga saya terpaksa mencari skandal lain di luar. Suami tak tahu sebab dia bodoh tergila-gilakan saya. 

Saya tetap mahukan bekas teman lelaki saya itu. Macam mana saya nak buat dia ceraikan betina yang tak guna itu? Kalau tak nak cerai pun, skandal pun jadilah. Saya nak benih dari bekas teman lelaki saya itu sebab dia handsome. Saya nak anak-anak saya comel seperti anak-anak dia. 

Boleh tak bagi pendapat? Jangan nak kecam-kecam atau komen baik-baik suruh hargai suami saya pula sebab dia memang tidak patut dapat saya pun. Terima kasih semua. Untuk yang kecam-kecam itu, kisah pula aku? Kau muka tak lawa, ada hati nak kecam orang? Sila meninggal.

Sumber: KRT via The Reporter


Loading...