Semua Tauhunya Jatuh Kedalam Sawah, Peniaga Ini Berang dan Menyalahkan Tuhan. Tapi Selepas 2 Jam Allah Bagi Kejutan Padanya



Beringaz.com - Sering kali kita berprasangka buruk kepada Tuhan mengapa memberikan ujian yang begitu berat kepada kita. Padahal patut diketahui, sering kali apa yang kita anggap buruk ternyata baik dimata Tuhan. Bisa jadi pula kejadian-kejadian buruk yang menimpa Anda adalah salah satu bentuk kasih saying Tuhan kepada Anda.

Seperti kisah peniaga Tauhu yang satu ini, mungkin Ia tak pernah menyangka bahawa ujian jatuh dalam petak sawah bersama tauhu-tauhu yang bakal dijual rupanya bakal mengubah persepsinya pada ujian tuhan. Kadangkala apabila Allah menguji dengan kesusahan, keluhan semakin berat. Terasa tidak sanggup mahu menghadapinya. Sedih.. kenapakah aku diuji sebegini sukar.

Ambil ikhtibar dari kisah yang dikongsikan oleh Puan Eina Ibrahim ini. Bagaimana Allah sentiasan menyantuni hambaNya dengan penuh kasih sayang dan tidak sesekali menyusahkan hambaNya.

Sebab itu kena selalu ingatkan diri agar ‘Sentiasa Bersangka Baik Dengan Allah’

Cerita Peniaga Tauhu Yang Alim

Sedih baca kisah ni. Terus rasa nak baca Al Waqiah.

Ada seorang peniaga tauhu yang setiap hari dia pergi jual tauhunya di pasar. Untuk sampai pasar, dia kena naik kenderaan awam.

Untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui padang sawah.

Setiap pagi dia selalu berdoa kepada Allah supaya tauhunya semua habis dijual.

Begitulah setiap hari, sebelum berangkat dia berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang. Barang dagangannya selalu habis dijual.

Satu hari tu, semasa dia lalu di sawah nak menuju ke jalan raya untuk naik kenderaan awam, tiba-tiba dia terjatuh ke dalam sawah tersebut.

Habis semua tauhunya jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Bukan saja keuntungan, modal pun habis.
Dia mengeluh kepada Allah, bahkan menyalahkan Tuhan, mengapa dia diberi ujian sampai macam ni sekali? Padahal dia selalu berdoa dan solat setiap pagi.

Akhirnya dia pun pulang tidak jadi berniaga hari itu.

Tapi dua jam kemudian dia mendengar khabar, bahawa kenderaan yang selalu dinaikinya setiap hari pada pagi itu telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban! Hanya dia satu-satunya bakal penumpang yang selamat, semua adalah disebabkan tauhunya jatuh ke sawah, sehingga ia tidak jadi untuk berniaga pada hari itu malah membawa semua tauhu-tauhunya yang sudah rosak dan penyek pulang ke rumah.

Tetapi pada sebelah petang, ada seorang penternak itik telah mencari dia dan hendak membeli tauhu untuk makanan itik tetapi yang anehnya penternak itik itu mencari tauhu yang rosak/hancur kerana ia hanya untuk dicampurkan dan dimakan oleh itik sahaja. Terus peniaga itu menangis kerana tauhunya yang rosak hendak dibeli semuanya oleh penternak itik itu.

PENGAJARAN

Doa tidak semestinya dimakbulkan sesuai dengan permintaan, tapi ia diganti oleh Allah dengan sesuatu yang jauh lebih baik dari yang diminta.

Allah Maha Mengetahui keperluan kita jika dibandingkan dengan diri kita sendiri.

Sebab tu, janganlah jemu berdoa, jangan sesekali mengeluh juga, apalagi mengutuk!

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan manusia tidak mengetahui” (Al Baqarah ayat 216).

“Jika Tuhan menjawab doamu, Ia sedang menambahkan imanmu. Jika Ia menundanya, Ia sedang menambahkan kesabaranmu. Jika Dia tidak menjawab doamu, Dia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.”

Semoga hari ini dan hari hari seterusnya kita semua selalu dalam lindungan serta keberkahanNya.

Siapa Yang Baca Sampai Habis. Ucaplah *Alhmdulillah* kerana janji ALLAH itu pasti.

Sumber : Diaridunia


Loading...