Pelik Anjing Bergaduh Berebut Makanan, Disangka Bangkai Ayam. Ternyata Setelah Membuat Pemeriksaan Barulah Penduduk Terkejut Lihat Apa Yang Anjing Makan !



Beringaz.com - Sedih tenggok gambar ini, benar-benar tidak ada hati orang tua yang membuang anaknya. Semoga kejadian ini tidak terulang kembali dan menjadi pelajaran buat kita. Jom kita baca kejadian selengkapnya dibawah ini

Beberapa hari lalu kecoh dengan penemuan anggota badan bayi tanpa kepala, hari ini pula tersebar foto kepala bayi tanpa anggota badan. Menurut laporan media setempat, Kejadian yang berlaku di Ranau, Sabah itu mula disedari penduduk Kampung Kimolohing pada Ahad lepas sekitar jam 11.30 pagi.

Seorang lelaki warga tempatan yang mengesahkan kejadian itu berkata, dia sedang menjemur pakaian sebelum melihat mertua, adik ipar dan jiran sedang meneliti sesuatu. Disebabkan musykil dengan situasi itu, lelaki tersebut bergegas ke arah mereka untuk melihat apa yang berlaku.

Beberapa ekor anjing dilihat sedang berebut makanan yang disangka bangkai ayam kerana ia berupa seperti ketulan.

Pun begitu, setelah membuat pemeriksaan barulah lelaki itu tersedar yang sebenarnya objek tersebut ialah kepala bayi tanpa anggota badan! Aduhai!



Dia seterusnya memaklumkan hal tersebut kepada pihak polis dan kepala bayi itu dibawa ke Hospital Ranau untuk siasatan lanjut.

Hasil siasatan mendapati muka bayi tersebut sukar dikenal pasti oleh kerana hanya soket mata dan tulang hidung tanpa rahang saja yang tinggal pada bentuk muka tersebut.

Kepala bayi tersebut kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, seorang suri rumah warga tempatan berumur 20-an telah ditahan pihak polis di hadapan rumah dekat Kampung Komolohing pada jam 3.30 petang keesokan hari untuk membantu siasatan.

Seorang lelaki warga tempatan yang juga dipercayai suami kepada suspek juga ditahan dan kedua-duanya direman serta disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.

Lepas satu, satu kes buang bayi. Malah lebih ngeri, bayi-bayi ini menjadi makanan haiwan di jalanan pula tu. Hentikan membuang bayi! Kalau tak berupaya menjaga, beri sajalah kepada mereka yang benar-benar mahukan anak.

Sumber : Lobakmerah


Loading...