Beringaz.com - Kisah yang dibagikan oleh pasangan muda ini patut untuk dibaca dan dijadikan pelajaran untuk anak muda. Janganlah takut untuk kahwin muda, Allah sudah atur rezeki buat kita.
Jom kita simak kisah selengkapnya dibawah ini :
Kami kahwin muda (dia 20 & aku 21 masa kami mula2 kahwin dua tahun lepas). Dia masih dalam tahun akhir diploma & aku baru tahun pertama ijazah. We decide to get married. Keluarga aku bukan orang senang & keluarga suami biasa-biasa saja. We got married and we survived.
Orang pandang kami as lucky couples, sebab mereka nampak hidup kami nampak senang. Tapi orang tak nampak apa yang kami korbankan untuk dapat apa yang kami nak. My husband gave up on his study bcz he need to work, to support my education and all my other finances. Dia kata takpa dia korbankan masa depan dia untuk aku teruskan belajar, supaya aku dapat jadi cikgu.
Dia cakap jgk bila aku dah habis belajar and i can afford myself he will further his study and i support his decision fully. Dia tak kisah, tak malu sebab dia kena kerja macam-macam untuk aku. Antara kerja yang dia pernah buat - jual dekat bazar ramadhan, ambil kontrak cat bangunan, bawak uber / grab / student cab and the most heartbreaking job is buruh kasar a.k.a kerja rumah batu dengan bayaran RM50 utk 8 hours of work.
Kenapa tak kerja elok-elok ? Dengan kelayakan SPM sahaja, kau rasa dia mampu kerja apa ? Yangg ijazah pun melambak tanam anggur tunggu kerja datang lamar. Ada juga apply banyak tempat tapi takde rezeki lagi. So dia buat dulu kerja yg boleh.
"Untungnya Atin dapat holiday selalu"
"Untungnya Atin rumahtangga sllu happy"
"Untungnya Atin dapat shopping"
"Untungnya Atin boleh makan sedap2"
Orang selalu cakap macamni tapi orang tak pernah tahu apa yg kami lalui. Orang tak tahu macam mana kami menabung untuk holiday, orang tak tahu macam mana kami menabung untuk shopping, orang tak nampak macam mana kami kerja utk cukupkan yang mana kurang.
Rumah tangga mana yg selalu happy? Mana ada, tp Alhamdulillah aku dapat suami yg bertolak ansur, penyayang & boleh bimbing aku. Tipulah kalau tak gaduh, tipulah kalau tak pernah tak cukup duit, tipulah kalau bil tak pernah tak tertunggak. Tp suami sllu ajar aku bersyukur dgn rezeki kami, sbb tu aku tak pernah rasa tak cukup. Kalau tak cukup pun, Allah hantar utk cukupkan.
Pengorbanan aku? Tak sebesar pengorbanan dia. Kami sama2 support each other. Walaupun aku masih belajar tp aku buat byk kerja online utk bantu suami. I joined dropship, jual buku, jual gelang and buat kek (which is also my hobby). Alhamdulillah aku dapat juga sedikit sebanyak duit poket to lighten his burden. Aku korbankan waktu rehat, waktu tidur and sometimes aku kongsi duit aku utk topap yg mana dia tak sempat cover. Ya penat, tp aku happy sbb dapat tlg dia sikit sbb aku tahu dia lagi penat.
Aku bangga suami aku kerja buruh, aku bangga suami aku tukang cat, aku bangga suami aku uber driver. Tak pernah terlintas kat fikiran aku, "kenapa suami aku tak kerja elok" "kenapa suami aku tak pakai seragam" "kenapa aku dapat suami takda slip gaji". Aku syukur, aku syukur, aku syukur.
Rezeki kami tak pernah putus, rezeki kami selalu cukup, Alhamdulillah terima kasih Allah. Kami bahagia seadanya.
Kredit Via Fatin Fazlin
Loading...