Beringaz.com - Hendaknya apa yang terjadi pada pasangan baru berkahwin asal Thailand ini bisa menjadi pengajaran buat kita semua, terutama untuk para suami. Janganlah pernah mencurangi pasangan kerana itu hanya akan membuat hubungan hancur.
Jom kita simak saja kisah selengkapnya dibawah ini bagaimana keseronokan pasangan baru berkahwin ini bertukar menjadi perang dan memalukan kerana suami tanpa sengaja tertekan butang live di Facebook.
Menurut laporan portal tempatan Thailand, pasangan dari Singapura itu tiba di Phuket untuk bahagian pertama bulan madu mereka. Mereka juga sudah merancang untuk ke Bangkok selepas beberapa hari. Namun, baru sahaja dua hari berada di Phuket, satu kejadian yang tidak disangka berlaku.
Selepas seharian meluangkan masa melakukan aktiviti island hoping, wanita itu membuat keputusan untuk berehat di bilik. Manakala, suaminya pula memberitahu bahawa dia mahu ke gimnasium hotel untuk bersenam.
Namun, lelaki itu sebenarnya telah ke pusat mengurut tanpa pengetahuan isterinya! Wah, menyempat kau ehhh!
Selepas satu jam, wanita itu terbangun dari tidur dan mendapati suaminya masih belum pulang dari gimnasium. Sambil baring, dia membuka Facebook sebelum ternampak suaminya sedang ‘online’ dan terus bertanya tentang keberadaannya.
Lelaki itu kemudian memberitahu dia memerlukan satu jam lagi untuk bersenam. Tanpa mengesyaki apa-apa, dia berkata kepada suaminya “tidak mengapa, take your time“..
Usai menghantar mesej, suaminya tanpa sengaja telah menekan butang ‘live stream’ di mana aktivitinya ketika itu terus menjadi tontonan rakan-rakan, termasuk isterinya di Facebook secara langsung!
Telefon bimbitnya dilaporkan diletak di atas sebuah kerusi bersebelahan dengan katil urut dengan kamera dihalakan tepat ke arahnya.
Dia kemudian didengari berkata,
“Tolong urut cepat sikit.
Bawa masuk perempuan lain pula.”
Selepas selesai membuat rundingan mengenai kos tukang urut tambahan diminta itu, gadis berkenaan muncul dan lelaki tersebut memusingkan badannya untuk membenarkan gadis itu mengurut pangkal pahanya.
Tayangan secara langsung itu kemudian mendapat ramai tontonan, malah ada rakan yang turut kongsikan tayangan itu kepada rakan-rakan yang lain di Facebook. Amik kauuu.
Seorang penonton yang mengakui telah menonton keseluruhan tayangan itu memberitahu bahawa muka lelaki berkenaan ketika menyedari aktivitinya sedang ditayang secara langsung sememangnya ‘tidak terkata’.
“Sebelum dia menghentikan rakaman video itu, kami dapat lihat ekspresi mukanya yang terkejut. Ketika itulah dia tersedar bahawa dia tidak sengaja merakamkan video tersebut.”
Sebaik selesai, lelaki itu bergegas pulang ke hotel dan menurut staf hotel, pasangan berkenaan didengari bergaduh dengan nada suara yang kuat. Isterinya kemudian dilihat meninggalkan hotel dengan sebuah bagasi dan memberitahu staf dia mahu mendaftar keluar awal untuk pulang ke Singapura.
“Wanita itu sangat kecewa, seperti yang kita semua dapat bayangkan.”
Siapa tak kecewa, baru je kahwin. Time nak enjoy honeymoon laki buat perangai pulakkk!
sumber ; viralhavoc
Loading...